SEBAB APA?

Thursday, July 21, 2011

assalamualaikum..
alhamdulillah, hari ni dh 20 Syaaban, ad lg 10 hari insyaALLAH untuk msuk bulan Ramadhan.
tp bg kami di India ni, hari ni bru 19 Syaaban. Mmg kt cni lewat sehari dlm hijrah klu nk dbndgkn ngn Malaysia.
Berdoalah kita agar panjang umur, dpt berjumpa Ramadhan sekali lagi :)

hmm..w'pun tak masuk lagi bulan Ramadhan, dah banyak iklan jual baju raya, kuih raya, kasut raya, da persiapan raya yang bermacam-macam aneka tu. biasalah tu :) si penjual nak mencari nafkah lebih, dan si pembeli nak pastikan semasa raya nanti semuanya dah siap dan lengkap. :))
saya dan keluarga juga tidak lari dari itu semua.hihi.

okay.
jadi, apa kata selain kita sibukkan diri dengan hal-hal dunia tu, kita sibukkan diri juga dengan hal akhirat. balance macam tu. :)
semua orang tau, bila dah masuk Ramadhan, bukan setakat wajib puasa selama sebulan bagi mereka yang wajib dan berkemampuan, namun, segala amalan sunnat juga amatlah digalakkan.
tak tersenarai banyaknya :)

tetapi, satu trend ummat sekarang ni, mereka 'terdorong' mencari keistimewaan atau fadhilat tertentu untuk setiap amalan sunnat dan juga fadhilat untuk setiap hari dalam Ramadhan.
bukan tak boleh cari, tapi kadang-kadang sumbernye pun kita xpasti adakah sahih atau tidak.
hmm..kalau ganjarannya tak berapa hebat, maka akan ragu-ragu nak buat.
dan ada sesetengah kawan-kawan kita suka berpegang kuat pada keistimewaan tersebut.
"eh korang, jomla kita buat tu, nanti dapat fadhilat ni, tau"

biarlah kita buat tu kerana ikhlas. kita pun dah memang sedia maklum yang apa jua yang kita lakukan akan dapat balasanNYA. sekecil zarah amalan pun akan dibalasNya. cuma dengan apa, kita tak tahu. maaruf, mahupun mungkar.

macam inilah.
kita disuruh untuk melakukan sesuatu oleh ibu kita.
sebagai contoh, beliau minta tolong kita untuk jemput adik dari sekolah.
tapi tak ada pula ibu cakap nak bagi apa-apa sebagai balasan tolong.
tapi, kita sebagai anak yang soleh dan solehah, kita tetap lakukan arahan tersebut, kan?
sebab kita sayangkan ibu kita. kita nak gembirakan hatinya. kita lakukan dengan seikhlasnya.
dan kita juga sayang dengan adik kita. tak mahu biarkan dia berseorangan di sekolah. lalu kita pun pergi menjemput adik tepat pada masanya. sebab apa?
SEBAB KITA SAYANG IBU DAN ADIK KITA :)

jadi, macam tu jugak dengan hubungan kita dan ALLAH.
kita lakukan suruhan dan tinggalkan larangaNYA kerana kita sayangkan dan takutkan ALLAH.
kita lakukan amalan wajib dan sunnat dengan hati yang lapang, walaupun kita tak tahu apa yang akan DIA bagi kat kita kelak.
dan kita gembira lakukan amalan tersebut sebab kita suka dengan kemanisan dalam melakukannya.sebab apa?
SEBAB KITA SAYANG ALLAH, DAN KITA SUKA AKAN KEMANISAN BERIBADAT KEPADANYA :)

buatlah sesuatu ikhlas kerana Pencipta kita :) insyaALLAH, dengan ikhlas kita tak akan rasa terpaksa dalam beribadat kepadaNYA.

"Maka tidak seorang pun mengetahui apa yg disembunyikan untuk mereka iaitu (bermacam-macam nikmat) yang menyenangkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yg mereka kerjakan" [32:17]

ingatan buat kita bersama.
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMDADHAN :)
wassalam.






0 comments:

Post a Comment